Saturday, September 20, 2008

nujum pak belalang

Mari kita tukar teka-teki dalam filem Nujum Pak Belalang sesuai dengan keadaan
semasa kita.... Hahahahaha.. .!!!!

Soalan 1

Tukang Soal :'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,
bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'

Ahli Nujum Negara :'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu
diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak
ke atas itulah PKR..'

Tukang Soal :'Sebabnya.. . . !!??'

Ahli Nujum Negara :'Sebabnya.. . Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya. . ..'

Soalan 2

Tukang Soal :'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang
manakah PKR..??'

Ahli Nujum Negara :'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik
ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari sampai
terberak itulah UMNO..'

Tukang Soal :'Sebabnya.. . !!??'

Ahli Nujum Negara :'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!! !'

Soalan 3

Tukang Soal :' Ada sebuah masealah,
Satu... baaaanyak-banyak! !... Dua... sedikit-sediiiiikit ....!!!
Tiga... jarang-jarang! !!... Empat... kad-dang, kad-dang,
Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'

Tukang Soal :'Buktikan.. ! !'

Ahli Nujum Negara :'Satu... Baaanyak-banyak. .. Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...
Dua... Sedikit-sediiikit. .. Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari
bilangan ahli UMNO yang banyak itu...
Tiga... Jarang-jarang. .. Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...
Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan
lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'

Soalan 4

Tukang Soal :'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada
kerisnya ataupun pada jenteranya.. .'

Tukang Soal :'Dimana terletak kekuatannya. .???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya! !'

Tukang Soal :'Buktikan!! '

Ahli Nujum Negara :'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya. .. Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Polis serta toyol
dari Badan kehakiman.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO
nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila
kalah dalam apa-apa pertandingan. . Tapi bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim,
Jangan takut.. LAWAN... KITA LAWAN...!!!'


Soalan Extra

Tukang Soal :'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana... . !!! Apakah yang ada
di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara :'.......... . DUIT !!!..'
'Kerana duitlah yang telah MENJAHANAMKAN UMNO...'

No comments: