Monday, September 22, 2008

Lawak Jenaka

Pintu bilik dibuka dengan kuat dan mengejutkan sepasang suami isteri yang
sedang tidur nyeyak..Seorang lelaki dengan wajah garang mengacukan senjata
tajam ke arah si isteri....
Perompak : "Sebelum kamu mati kubunuh, sebutkan namamu!"
Isteri : "Na... nama sa... saya... Aisyah"
Perompak : "Aisyah? nampaknya sama dengan nama ibuku. Aku tidak
boleh membunuhmu,"
lalu dia mendekati si suami dan sambil mengacukan senjatanya
ia berkata, Perompak : "Sebutkan namamu. Aku mesti tahu nama
setiap orang yang menjadi korbanku."
Suami : "Namaku Irwan.. tapi.... semua orang memanggilku
Aisyah...."

******************************************************************


Di sebuah Mall yang sesak dengan pengunjung.. ada satu alat
pengukur berat badan yang cukup canggih.. Hanya dengan
membayar RM 1.00 kita akan diberitahu berapa berat badan kita
oleh program komputer. Seorang gadis dan temannya mencuba di
tengah kerumunan orang.. Setelah memasukkan wang RM 1.00..
mesin komputer menjawab: "47 kg!"
Gadis kedua cuba untuk menimbang, dan mesin komputer menjawab:
"52 kg!"
Setelah beberapa minit datang seorang wanita yang cukup gemuk
dan montel cuba menimbang dirinya di mesin itu. Setelah
memasukkan wang RM 1.00.. mesin komputer mengeluarkan jawapan:
"Tolong naik sorang-sorang.. jangan ramai-ramai!"



******************************************************************


JAMAL ke kedai untuk membeli telur yang dipesan ibunya. Ketika
berdiri di tepi jalan, dua buah kereta tiba-tiba berlanggar di
hadapannya. Dia terkejut dan kaku di situ sehingga polis dan
ambulans tiba. Setelah mangsa dikeluarkan, Jamal berlari pulang
dan terlupa
membeli telur. Jamal dengan penuh minat menceritakan
kemalangan itu pada ibunya.
"Dahsyat bu, kakinya tercabut dan terpelanting ke seberang
jalan. Tangannya pulak putus, kepala pecah, perut terburai...
Tiba-tiba ibunya mencelah, "Telurnya mana?"
Jamal menjawab, "Err.... Mal tak tau pulak ke mana
tercampaknya!"

************************************************************************


Buah Durian
===========

Samdol pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu
dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan
orang asli tempatan... Samdol : "Bang harga durian ini
berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Samdol kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli
itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu..
lalu Samdol buat2 tahu dan cuba menawarinya..
Samdol : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?
Orang Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Samdol : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada
Samdol..
Orang Asli : "Lahupa itu berapa?"
Samdol : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?

No comments: