Friday, August 29, 2008

kereta berhias merdeka

Merdekaaaa - Perang Dunia ke 2

Perang Dunia Ke 2 Di Malaya

yang berlaku dari tahun 1939 - 1945 telah menyemarakkan semangat untuk menuntut kemerdekaan di kalangan penduduk Tanah Melayu di zaman itu . Kejatuhan British ditangan Jepun pada 1941 telah membuka mata mereka untuk bangun menentang penjajah.

Pada 8 Disember 1941, Jepun telah melancarkan serangan ke atas Asia Tenggara dan melumpuhkan angkatan tentera Amerika di Pearl Harbour ,Hawaii sebelum menawan tanah Melayu pada tahun 1942. Pemerintahan Jepun yang kejam selama 4 tahun membuatkan rakyat Tanah Melayu membentuk gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun.

Pada masa tersebut,pihak Jepun telah menyedari bahawa penduduk tanah Melayu sudah mulai menyebelahi pihak British untuk menentang mereka. Keadaan ini telah memberi penekanan yang barupada pihak tentera Jepun.

Pada jam 8.15 pagi, 6 Ogos 1945 , tentera Amerika Syarikat telah menggugurkan bom atom di bandar Hiroshima, Jepun sekaligus menamatkan Perang Dunia ke II .

Merdekaaaa - Tema Hari Kebangsaan

Tema Hari Kemerdekaan Ke 51

Tema : Perpaduan Teras Kejayaan

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan
”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Thursday, August 28, 2008

Sudut Agama

Harga Sebuah Iman

Renung-renungkan dan selamat beramal…

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia . Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.
Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.
" DUNIA sebagai ALAT AKHIRAT sebagai MATLAMAT "

Monday, August 11, 2008

cerita kelakar

Jasad tidak di terima bumi

--------------------------------------------------------------------------------

Jasadnya tidak di terima bumi...
Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun1973.
Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.
Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar,Jerantut
Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampungtersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.
Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak ituadalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang.
Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.
Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya.
Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.
Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuktidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.
Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja.
Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.
Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.
Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salled bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar.
Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.
Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur.Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Sallehberlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yangberat dari lubang tersebut.Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.
Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya
di talian bebas tol :1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja.
Cukaiperkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.


KEPEK..KEPEK.. UBI ..... UBI...SAPER NAK BELI UBIIIII..

hehehehehe kekeke

Saturday, August 9, 2008

lirik lagu

permintaan terakhir ( nyayian dari penjara )
CiNtA TiGa SeGi

Setahun sudah ku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Susahnya untuk ku melepaskanmu
Kerana kau ku cintai selalu

c/o Tapi sayang….

Kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku penawar da…dalam percintaan
Tak sanggup ….aku melepaskanmu

Kau ibarat….

Terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Andai kau pinta untuk melepaskan mu..
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan….

kenaikan harga minyak


kesan pada pasukan TUDM

Rahsia Golongan Darah

Golongan darah A

1. Orang yang bergolongan darah A ini biasanya berkepala dingin, serius, sabar dan tenang.
2. Orang yang bergolongan darah A ini mempunyai karakter yang tegas, dipercayai namun keras kepala.
3. Sebelum melakukan sesuatu perkara,mereka memikirkannya terlebih dahulu serta merancangnya secara matang. Mereka melakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh dan secara konsisten..
4. Mereka selalu kelihatan menyendiri dan jauh dari orang ramai
5. Mereka cuba menekan perasaan mereka dan kerana sering melakukannya mereka kelihatan tabah dan cekal walaupun sebenarnya mereka mempunyai kelemahan diri seperti gugup dan sebagainya.
6. Mereka cenderung keras terhadap orang-orang yang tidak sependapat. Oleh itu, mereka lebih suka berada di sekitar orang-orang yang 'sekepala'.

Golongan darah B

1. Orang yang bergolongan darah B ini cenderung penasaran dan tertarik terhadap segalanya.
2. Mereka juga biasanya mempunyai terlalu banyak kegemaran dan hobi. Kalau sedang suka dengan sesuatu biasanya minat mereka menggebu-gebu namun cepat juga bosan.
3. Tapi biasanya mereka dapat memilih mana yang lebih penting dan utama dari sekian banyak hal yang dikerjakannya.
4. Mereka cenderung ingin menjadi nombor satu dalam pelbagai bidang daripada hanya dianggap rata-rata. Tetapi mereka juga cenderung melalaikan sesuatu jika terfokus dengan kesibukan yang lain.
5. Dari segi luaran, mereka kelihatan cemerlang, riang, dan bersemangat. Namun sebenarnya hal itu semua sama sekali berbeza dengan apa yang ada di dalam diri mereka.
6. Mereka boleh dikatakan sebagai orang yang tidak suka bergaul dengan banyak orang.

Golongan darah O

1. Orang yang bergolongan darah O,biasanya berperanan memberi semangat dalam suatu kumpulan. Mereka sering bertindak mewujudkan keharmonian di antara anggota kumpulannya.
2. Sikap mereka kelihatan seperti orang yang menerima dan melaksanakan sesuatu dengan tenang. Mereka pandai menutupi sesuatu sehingga mereka kelihatan selalu riang, damai dan tidak punya masalah sama sekali. Tapi kalau tidak tahan, mereka pasti akan mencari tempat atau orang untuk mengadu.
3. Mereka biasanya pemurah (baik hati), senang berbuat kebajikan. Mereka dermawan dan tidak segan-segan mengeluarkan wang untuk orang lain..
4. Mereka biasanya dikasihi dan disenangi oleh semua orang. Tapi mereka sebenarnya keras kepala juga, dan secara rahsia mempunyai pendapatnya sendiri dalam pelbagai hal
5. Namun, mereka sangat fleksibel dan sangat mudah menerima hal-hal yang baru.
6. Mereka mudah di pengaruhi oleh orang lain dan dengan apa yang mereka lihat dari kaca TV.
7. Mereka seperti seseorang yang berkepala dingin dan dipercayai tapi mereka sering tergelincir dan membuat kesalahan yang besar kerana kurang berhati-hati. Tapi hal itu yang menyebabkan orang yang bergolongan darah O ini dicintai.

tetak teki lawak

Soalan pertama....berbunyi1).
Apakah dia 'rumah di bawah, Tiang di atas'...kah. .kah..kah


jawapannye: KUBUR! nam kaki dalam, ada lebar lagi.

2). Cuba teka,mouse komputer , jantan ke betina?


jawapannye: betina.... sebab dia pakai pad.soalan seterusnye.. ..


3). Antara ekor lembu dengan ekor tikus... ekor saper lagipanjang..... ?ha...aper dier..


jawapannye:. ....ekor tikus .....kerana ekor tikus mencecah tanah, ekorlembu langsung tak cecah tanah, tergantung ajer....

4). Kenapa pokok kayu balak ditebang???? ???


abis dah tak boleh di cabut, di tebanglah!!


Adakah anda memerlukan talian hayat??

Soalan seterusnye.. ..

5). Kalau kereta berhenti apa yg turun dulu hah....?kalo terer jawab.

Jarum meter...ahaks. .ahaks...

Soalan keenam pula berbunyi,... .

6). Ianya Besar di negeri Arab, kecil di negeri china,di maggi ada, dilobak pun ada...disana ada, di sini tiada, yang ada pun ada, yang tiadapun ada ...pening betul lah...jawap lah??????

Dan jawapannye ialah....... ....HURUF A!!!!

Talian hayat anda sudah abis.Kita ke soalan seterusnye.. ..


7). Ia sejenis benda, nampak macam jalan tetapi ia tidak pulaberjalan,kalau ditenguk betul- betul...memang sah ia jalan!!!


Memang la jalan raya!....... ...


Apa benda jatuh kebawah tapi orang tercari-cari diatas?


Ha..ha..ha.. ha.. bumbung bas yg bocor dek air hujan...!


9)Beruk mana yg jari dia dok tekan arrow ke bawah .....jawap jgn takjawappppp... ...


jawapannya: orang yg dok baca artikel nii...gi buat keje .....!!!!!biasa nih!


HA..HA..HA.. . HA.... SEMOGA DAPAT RELEASE TENSION KORANG.(sori,aaaaaaa)

kisah teladan

Tukang Kapak Dan Mungkar Nangkir(cube lah bacenye...)

al kisahnya seorang jutawan telah menulis satu waiat barang siapa ygmendapat menjaganya di dalam kubur setelah beliau mati nanti akan diwarisi separuh dari harta peninggalanya itu.lalu di tanya pada anak-anak semua adakah mereka sanggup menjaganya didalam kubur nanti.lantas menjawab anak, mana mungkin kami sanggup menjaga mu wahaiayah.kerana pada masa itu ayah sudah pun menjadi mayat.selang keesokan di panggil semua adik beradiknya.dan beliau berkata.wahai adik-adik ku sekelian sanggupkah kamu menjaga akan daku setelahaku mati nanti.bersama selama 40 hari di dalam kubur yg ku hias indahseperti banglo mewah ini.dan aku juga akan memberi setengah dari hartaku kepada di antara kamu yg sanggup bersama ku.adik-adiknya pun menjawab.wahai abang ku adakah engkau sudah gila manamungkin manusia sanggup bersama mayat selama itu di atas bumi inikanpula di dalam tanah.lalu dengan sedih jutawan tersebut membawa diri ke kamarnya.beliau masihbertegas dengan hajatnya yang ingin di teman di dalam kubur nantiapabila beliau sudah mati nanti.di panggil setiausahanya supaya di warwar di dalam akhbar dan media akan wasiatnya itu.dan akhirnya sampai jugalah hari di mana jutawan tersebut kembalikerahmatullah.kuburnya di hias indah dan di gali seperti sebuah banglodi dalam tanah yg mempunyai kemudahan harian selama 40 hari.dan pada waktu yg sama seorang tukang kapak yang sangat miskin telahmendengar akan wasiat tersebut lalu di beritahu kepada isterinya apakahaku perlu mengambil kesempatan ini untuk menjadi kaya.isterinya berkata,wahai suami ku apa la sangat menjaga mayat tersebutselama 40 hari di bandingkan kerja-kerja mu di dalam hutan bertemuharimau dan hantu bajang ketika menebang kayu.lagi pun makanan disediakan.tukang kayu tersebut dengan tergesa-gesalah ke rumah jutawan tersebutuntuk memaklumkan kepada waris jutawan tersebut akan niatnya.keesokan harinya di kebumikanlah jenazah jutawan tersebut walaupunmendapat bantahan dari orang-orang yang tahu akan agama.si<http://agama.si/> tukang kapak tu pun ikut sekali turun ke dalam tanahbersama kapaknyasetelah tujuh langkah para hadirin meninggalkan tanah perkuburan makadatanglah mungkar dan nangkir ke dalam kubur tersebut.si tukang kapak yang tahu sedikit pasal agama menyedari akan siapa yanghadir itu pun menjauhkan diri dari mayat jutawan tersebut.terfikir difikiranya bahawa sudah tiba masanya jutawan tersebut akan di soal olehmungkar dan nangkir.tetapi sebaliknya yang berlaku.mungkar dan nangkir telah menuju kearahnya dan lalu berkata.apa yang kau buat di sini.aku menjaga mayat tersebut selama 40 hari untuk mendapat setengah hartawasiatnya.apa harta yang kau ada sekarangaku cuma ada sebatang kapak ini sahaja untuk mencari rezeki.dari mana kau dapat kapak niaku membelinyalalu hilanglah mungkar dan nangkir di hari pertama di dalam kuburtersebut.hari kedua di tanya pula,apa yang kau buat dengan kapak ni?aku menebang pokok untuk di jadikan kayu api untuk di jualhari ketiga di tanya lagi pasal kapak tersebutpokok siapa yang kau tebang dengan kapak nikat hutan mana ada orang punya pokokadakah kau pastilalu hilang lagi mungkar dan nangkirhari ke empatadakah kau potong pokok tersebut dengan kapak ini ukuranya dan beratnyasama untuk di jual.aku potong cincai-cincai je,mana boleh ukur sama ratalalu hilang dan muncul mungkar dan nankir tersebut selama 39 hari dansoalannya tetap sama berkisarkan kapak tersebut.dan di hari terakhir ke40 datanglah mungkar dan nangkir sekali lg bertemu dengan tukang kapaktersebut.berkata mungkar dan nangkir hari ini hari terakhir aku bersama mu buatseketika tp aku akan bertanya pasal kapak ini.belum sempat mungkar dannangkir menyoal beliau ,si tukang kapak tersebut telah melarikan diri keatas dan membuka pintu kubur tersebut.lalu di perhatikannya begitu ramaiorang sudah menantikan kehadiranya untuk keluar dari kubur tersebut.si tukang kapak tersebut dengan tergesa-gesa keluar dan meninggalkanmereka semua dan sambil berkata ambillah korang semua harta tersebut danaku tidak menginginkannya lagi.sampai di rumah lalu si isteri berkata wahai suami ku di manakahsetengah harta peninggalan jutawan tersebut.maka jawab si tukang kapak.aku tidak mahukannya lagi.sedangkan harta akuyang ada kat dunia ini hanya kapak. tapi apa yang di soal mungkar dannangkir selama 40 hari semuanya hanya pasal kapak ini.apa akan jadisekiranya harta aku begitu banyak.bagaimana dapat aku menjawabnya