Thursday, February 26, 2009

5 perkara yang kita cari

خمسة أشياء كلنا نريدها و نحاول الحصول عليها


lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya
1-وجه جميل

1:wajah yang cantik
2- فلوس بالملاين

2:duit yang banyak
3- صحة قوية

3:kesihatan yang baik
4- اولاد شاطرين وفالحين مثلنا

4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5- نوم عميق من دون مهدئات و أدوية

5:tidur yang nenyak tanpa ganguan
سهلة جدا و بوصفة سحرية و سهلة تستغرق 15 دقيقة يومياً ! كيف؟؟؟؟؟

senang jer untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.
قال رسول الله صلى الله عليه وآله وسلم :

kata nabi saw
من ترك صلاة الصبح فليس في وجهه نور و من ترك صلاة الظهر فليس في رزقه

siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya

dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat

بركة و من ترك صلاة العصر فليس في جسمه قوة و من ترك صلاة المغرب فليس في

dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

أولاده ثمرة و من ترك صلاة العشاء فليس في نومه راحة

dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak



بلغ عن الرسول (صلى الله عليه وآله وسلم ) ولو آية

sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat



Regards,

Wednesday, February 25, 2009

kasih ibu

KASIH?

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....

berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....

berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya....

berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya...... .

berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....

berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:

1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4.00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

> > > > > > > Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu ?PERCUMA

Jumlah Keseluru han Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu.Si anak menatap wajah ibu,memeluknya dan berkata, 'Saya SayangkanIbu' .Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar' pada mukasurat yang sama ditulisnya.' Jika kamu menyayangi ibumu, 'forward'kanlah kepada sahabat- sahabat anda

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi ibumu

FIKIR-FIKIRKANLAH. ...

Monday, February 23, 2009

PUISI

PUISI……

Isteriku ,
jika engkau bumi,
akulah matahari.
Aku akan menyinari mu kerana engkau mengharapkan sinaran dari ku..
Ingatlah bahtera yg kita kayuh, begitu penuh riak gelombang.
Aku pasti akan tetap menyinari bumi, hingga kadang-kadang bumi terasa akan silauan ku.
Lantas aku ingat satu hal bahawa Tuhan mencipta bukan hanya bumi,
malah ada planet lain yang juga mengharapkan sinaranku.

Lalu......
Relakanlah aku menyinari planet lain,
menyampaikan faedah adanya aku,
kerana sudah takdir Illahi sinaranku diperlukan diplanet
lain...


*** Balasan Puisi sang isteri***

Suamiku,
andai kau memang mentari,
sang surya yang memberi cahaya,
aku merelakan engkau berikan sinaranmu kepada segala planet yang
telah TUHAN ciptakan kerana mereka juga seperti aku perlukan cahayamu
dan....

akupun juga tidak akan merasa kekurangan dengan sinaran mu...


AKAN TETAPIIIIIIII. .
Bila kau hanya sejengkal lilin yang berkekuatan 5 watt sahaja,
jangan lah bermimpi untuk menyinari planet lain!!!
Kerana bilik tidur kita yang kecil pun belum sanggup kau terangi.
Lihatlah diri mu pada cermin kaca di sudut kamar kita,
di tengah remang-remang pancaran cahaya mu yang telah aku mengerti...
Cuba lihat siapa dirimu...
MATAHARI atau lilin ?
atau jangan-jangan

cuma mancis saja!!!!!

teringinnya

teringin nak beli tapi duit lak tak cukup..
huu..hu.....

Y4E vs Harimau Muda

game dah tamat...
penattttttttttt siolllll



Y4E vs Harimau Muda

perlawanan Persahabatan
diantara kelab Penyokong Perak ( yob4ever.com dengan Kelab Penyokong harimau muda )
RESULT : Y4E 2 Harimau Muda 1
tarikh : 22.02.09
time : 5Pm
padang : Setia Alam







Friday, February 20, 2009

2 bangla

Cerite brmula d satu station minyak. D station minyak nie ada 2 org
pekerja bangla yg tau cakap melayu skit, omputih skit & bahasa bangla yg sememangnye dia pro. Sorg tu namanye Majid & seorg lg namanye Iqbal.

Pd satu arie berhenti sebuah kete mewah, mercedes utk mengisi minyak.
pemandu kete tu seorg Pak Arab. Kebetulan pula minyak d pam minyak tu dah.
abis, nie yg membuatkan Iqbal poning kepalo nak bgtau pd Pak Arab tu yg
minyak dah abih. Pak Arab tu lak tak tau sepatah haram bahasa melayu, cuma
tau omputih skit & bahasa arabnye ler..
Iqbal bgtau PakArab tu sambil menyebut "fuel" & dsusuli gerakan
memusingkan tangan menandakan minyak abih, tapi Pak Arab tu ternganga tak paham. Iqbal coba lg sekali dgn menyebut "fuel" & disusuli gerakan memusingkan kepala,
tapi Pak Arab tu ternganga luas tak juga faham.
Iqbal tak tau nak wat camner..dia pon gi kat Majid utk menerangkan situasi sebenar. Mereka bercakap dlm bahasa bangla, & bunyiknye cam gini..
Iqbal: Majid, tolong aku majid, Pak Arab tu tak tau minyak dah abih..
Majid: ala...ko cakap je la..minyak dah abih..
Iqbal: dah cakap dah, tapi dier tak paham...aku lak, tak tau cakap omputih.. Yes , No, Alrite & I lap U tau ler..
Majid: Aku pun tak tau gak cakap omputih...
Iqbal: ala..ko tolong ler aku..
Majid: ok...aku tau sikit-sikit cakap arab..
Lalu pergi la..si Majid kat Pak Arab tu & dgn selamba dek..nye berkata;
"Fuel!, Sodoqallah'hul. .azim",
baruler..Pak Arab tu paham & teros blahhh...

Thursday, February 19, 2009

Warna sesuatu kertas melambangkan...

"Ani : "Mengapa engkau menulis surat dengan kertas berwarna Hijau Muda?"

Ena : "Surat warna Hijau Muda itu bererti "Aku Cinta Padamu"

Ani : "Kalau kertas itu bewarna Biru Muda apa ertinya?"

Ena : "itu melambangkan Suasana Pilu"


Ani : "Kalau kertasnya berwarna Merah?"

Ena : "Asmara Yang Membara"

Ani : "Kalau kertasnya warna Putih?"

Ena: "Suci, Bersih dan Jujur "

Ani : "Kalau kertasnya Kuning?"

Ena: "Melambangkan Hati Yang Gersang"

Ani : "Kalau Merah Jambu?"

Ena: "Sedang Jatuh Cinta"

Ani : "Kalau kelabu?"

Ena : "Melambangkan Hati Yang Sedang sedih"

Ani : "Kalau kertasnya Hitam?"

Ena : "Itu namanya kertas karbon.. bodoh! "

wakaaaa kaaaaaa.....



akibat suka hati nak parking


How to Make Twins

Tuesday, February 17, 2009

mimpi

Setiap daripada kita pasti pernah bermimpi tetapi
tahukah kita rahsia di sebalik mimpi kita itu.sama
samalah kita lihat rahsia beberapa contoh mimpi

mimpi dipatuk ular
jika anda bermimpi seperti ini maka ia menandakan
rumah anda berselerak dan kemungkinan ada
ular dalam rumah anda

mimpi jumpa harta karun
jika anda bermimpi jumpa harta karun maka
jangan sesekali mengambil harta karun tersebut
kerana harta karun tersebut Ahmad Albab yang punya

mimpi berkelah di pantai
mimpi ini sangat bahaya kerana kemungkinan
besar kawasan rumah anda akan menghadapi
masalah gangguan air dalam masa 2 tiga hari
lagi

mimpi membela kambing
jika bermimpi seperti ini maka kemungkinan
besar anda tidak mandi sebelum tidur.
maka bau bau kambing terbawak bawak
sehingga dalam mimpi anda.

mimpi Seorang Perempuan Cantik
jika bermimpi seperti ini maka kemungkinan mimpi ini adalah mimpi laila.
seperti lagu yang dinyayikan oleh
yasin.

KEDAI MELAYU

(nyanyi ikut tune lagu "Gadis Melayu" -- Othman
Hamzah / Jamal
Abdillah /
Mawi AF3)

Siapa bilang kedai Melayu tidak mahal
Tak mencekik darah, makanan memikat
Kalaulah murah tak mungkin aku tak singgah
Kalaulah sedap tak mungkin aku tak lahap

Aduhaaaiii... ambil order lambatnya
Hantar pun lewat juga
Bila makanan tiba
Aduh tersilap pula
Di antara kedai-kedai seluruh Malaysia
Tiada yang selembap servis kedai orang kita

Di antara kedai-kedai seluruh Malaysia
Tiada yang selembap servis kedai orang kita
Waktu kita makan, kucing panjat meja
Waktu kita bayar, tiada wang kecil pula!

Keadaan Membuatkan Lelaki Menjadi Dayus

SECARA mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUSapabila:

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas danyang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

15) Membiarkan anak-anak serta isteri mewarnakan rambut dengan warna merah yang bukan warna asal kurniaan Allah.

Friday, February 13, 2009

Wudhuk zahir dan batin

Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf, sangat warak dan khusyuksolatnya. Namun, dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyukdan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk.



Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Assam dan bertanya, "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"



Hatim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin.">



Isam bertanya, "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? "



Hatim berkata,"Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air".



Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-



* Bertaubat

* Menyesali dosa yang telah dilakukan

* Tidak tergila-gilakan dunia

* Tidak mencari/mengharap pujian orang (riya ' )

* Tinggalkan sifat berbangga

* Tinggalkan sifat khianat dan menipu

* Meninggalkan sifat dengki."



Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat.



Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:



1. aku sedang berhadapan dengan Allah,

2. Syurga di sebelah kananku,

3. Neraka di sebelah kiriku,

4. Malaikat Maut berada di belakangku, dan

5. aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian ' Siratal mustaqim ' dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik."



"Setiap bacaan dan doa didalam solat, aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."



Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.



Untuk munafaat kita bersama, Tolonglah sampaikan email ini kepada Sahabat-sahabat



Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, IinsyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Wednesday, February 11, 2009

statement pendek..tapi bermakna

Pendek ja statement ni..tapi banyak makna dlm diri kita.

> Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,

> Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,

> Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu
Yang lebih Baik Untukmu.

> Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa
> Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului
> KemurkaanNya.

> Hntarlah pesanan ini kepada orang yang anda tidak akan lupa
> dan hantarkan juga kepada orang yang menghantar pesanan ini.
> Ini adalah pesanan pendek untuk menyatakan yang anda
> sentiasa mengingatinya.Kalau anda tidak menghantar pesanan
> ini, bermakna anda sudah mula melupakan kawan-kawan anda.
> Ambillah sedikit masa dan anda sudah pasti memberi
> keceriaan kepada seseorang atau mungkin mengubah hidup
> mereka kepada yang lebih baik, InsyaALLAH
>

> Sungguh mudah dan ringkas untuk menambah lebih ramai rakan.

posing maut punya 18sx

MINGGU KAWAN SEDUNIA

Adakah anda tahu hubungan antara 2 biji mata anda ??

Mereka berkedip bersama..... ......,
Bergerak bersama...... .....,
Menangis bersama..... ......,
Melihat bersama dan......... .,
Tidur bersama..... .....

Meskipun mereka tidak pernah melihat antara satu sama lain.....
PERSAHABATAN seharusnya seperti itu......... ....
Kehidupan akan berasa KOSONG tanpa KAWAN ............ .

Hari ini adalah MINGGU KAWAN SEDUNIA ...........
Siapa kawan anda ?? Hantar email ini untuk semua kawan anda.....
Termasuk saya jika saya salah seorang kawan anda.......

Lihat berapa banyak anda dapat balik daripada mereka,
Jika anda mendapat lebih drpd 3.....
Itu bermakna anda adalah seorang "KAWAN YANG PENYAYANG.."



Kita kawan kan ? ?????





FRIENDS FOREVER

21-12-2012 - Bencana Alam Terbesar


Apakah ada kaitan dengan fenomena bulan senyum dan 2 bintang malam


Oleh itu, BACALAH DENGAN NAMA ALLAH.

Wallahu'alam.

Sekadar renungan dan iktibar...

Ust.Harun Din .. korang kenal kan ?? dlm ceramah dia,ade mmbace sbuah
artkel yg mncritakan bhw dunia ni da nk kiamat ... planet mrikh (planet
ke4 n plg dekat ngan bumi) tlh mngalami psingn yg tbalik pd bln sept
lpas. maknenye ... planet yg dkat dgnnye jgak (bumi la) akan brtukar
arah prgerakan dia gak. maka pd saat tu akn terjadi kjadian mthari
tggelam sblah timur. (tnda2 bsar kiamt)...ingat, matahari terbit sbelah
barat, pintu taubat da ditutup. x de harapan daa laa!! maklumat ni gak
tlh dhentikan pnyebrannya oleh NASA krna akn mnguntungkan pihak islam.
tolong sebarkan ye tuk kmaslhtn kiter bersama... wassalam (sebar la bnde
nih wehh smentara ade mase)

Untuk pengetahuan smua, sebuah planet bernama Nibiru atau planet x(oleh
NASA) sedang melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600
tahun. planet ini 100 kali ganda besar bumi dan sama besar dengan planet
jupiter( musytari). dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi
kesan paling dahsyat kepada bumi dengan memutarkan kutub2 ke kedudukan
terbalik( polar shifting) yang dijangkakan o NASA. bulan mei 2009 nanti
planet ini akan jelas kelihatan oleh semua pnduduk bumi..so sama2 kita
nantikan...

mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar
zaman Nabi Nuh AS dahulu..planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan
gravitinya yang sangat kuat akan mengganggu bumi.ia hanya akan lalu
diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan
seakan-akan anak matahari.(tanda besar kiamat? objek merah di langit
kelihatan AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan
menghadapi keadaan ini dengan membina beberapa penempatan sementara di
banjaran2 gunung lengkap dengan makanan yang mampu bertahan 3 tahun
kerana dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di norway misalnya
mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit
lengkap dengan ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paper
bulan februari, kosmo, BH n lain2)

Untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat
youtube (nak forward besar sgt)..benarlah kata2 RASULULLAH satu ari
nanti bumi akan hancur dan satu zaman dipanggil back to ancient berlaku
di mana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman
purba, berperang dengan pedang cara kuno. jadi bersedialah kita umat
islam...ALLAHHUAKBAR

lain-lain artikel tentang kiamat.....

Kajian... ALLAH je mengetahui.. ..
Assalamualaikum .....

* a) Mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun...
sekarang sudah 1439 = 426 + 13 tahun hijrah.... daripada ini kita
ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. Jikalau ini benar,
bumi akan kiamat pada tahun 2066...

* b) Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil daripada
bumi yang menghala ke bumi.. Ia telah dianggarkan bahawa planet itu akan
melanggar bumi pada tahun 2014. Amerika akan cuba untuk menukarkan
orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket... Dan saintis juga
telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi... Ia
dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi.. Dan planet
ini lebih besar daripada bumi... Jikalau ini benar, dunia akan musnah
pada tahun 2065.....

* c) Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun
2007.... Dan kuasanya akan jatuh semula dalam 14 tahun, iaitu tahun 2022,
disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa..... . Dan hadith mengatakan
bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat
pada hari Nabi Isa wafat.. Jikalau ini benar dunia akan kiamat pada
tahun 2062... Dianggarkan Bumi Akan Kiamat Antara Tahun 2062-2066...

* Wallahu'alam. .. Semua ini telah dikaji... Dan yang dipercayai paling
tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan
selama 1500 tahun... Kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun...
Cubalah anda kirakan sendiri...

Beribadatlah wahai umat Islam sekalian... Ini adalah antara
berpuluh-puluh artikel di internet yg seperti ini.. Dan jangan tunggu
artikel seperti ini dikeluarkan baru kita nak buat amal. Benda ni dah
diajar sejak kita kecil lagi. K iamat pasti tiba. hanya orang yang leka
dengan dunia shj yang akan rugi. berhibur tidak salah tapi jangan lupa
apa yang disuruh oleh Allah. Patuhi suruhan Allah dan tinggalkan yang
mungkar. dan korang jangan risaula....aman dunia akhirat..sama- sama
kita doakan kesejahteraan untuk semua umat Islam..
Wahai saudara2, shabat2 dan teman2 bacalah email ini dengan mata
hatimu... Baca dan FAHAMI & DALAMI lah AL-QURAN panduan hidup bahagia
dunia hingga akhirat.

TOLONGLAH DALAMI MAKSUD SURAH ASY SYAMS, insyaAllah pintu hatimuakan
terbuka, kerana Surah ini merupakan sumpah Allah.

Hamba hanya menyampaikan apa yang hamba tahu, sesungguhnya Yang Maha
Mengetehui itu adalah Allah kerana itu adalah salah satu daripada
sifat-sifatNya yang 99 itu. Kita sebagai makhluknya yang merupakan
khalifah di muka bumi ini sesungguhnya mempunyai sedikit percikan
daripada 99 Sifat-Sifat Allah itu. Jika kita makhluknya melanggari 99
Sifat-Sifat Allah itu sesungguhnya kita telahpun melanggari perintah
Allah itu sendiri. Sesungguhnya kata hati yang berdetik hanya sekali itu
adalah amat benar datang daripada Allah. Apabila hati kita itu banyak
kata-kata mengiakan atau menidakkan apa yang terdetik sekali itu, maka
itu adalah nafsu kita sendiri dengan diikuti oleh bisikan syaitan yang
direjam.

Saturday, February 7, 2009

andai malaysia diserang

Andai Malaysia diserang seperti negara Islam yang lain....
Apabila negara-negara Islam yang lain dilanda peperangan atau
diserang oleh askar kafir..... kita sering mendengar pemimpin-2 kita
menggunakan modal seperti ini.." Kita patut bersyukur Malaysia aman
dan damai...." Tetapi pernahkah kita berfikir untuk sejenak, sejarah
ditulis setelah ia berlaku, tetapi sejarah tidak dapat diramal ketika
ia sedang berlaku. Ketika rakyat Islam Bosnia disembelih oleh
paramilitari Serb, pada malam sebelumnya mereka hidup seperti biasa
dan tidak pernah terlintas bahawa keesokan harinya akan bermulanya
hari celaka bagi mereka. Jadi, untuk sejenak cuber kiter berfikir
dalam bentuk reverse engineering iaitu: Bagaimana jika kita yang
diserang oleh kuasa kuffar seperti negara Islam lain, dan negara
Islam yang lain plak jadik cam kiter?
MALAYSIA DISERANG ???
untuk menanam kesedaran ke atas Melayu Yang Mudah Lupa.
(Melayu Mudah Lupa kata Mahathir)

AMARIKOS menyatakan Malaysia sarang pengganas.. ada pejuang Hizbullah
terlepas ke malaysia ...lalu menghantar Kapal Pengangkut Pesawatnya
(CARRIER) di Selat Melaka dan di Laut China Selatan. Menghantar kapal
selam nuklearnya dgn muatan peluru berpandu membawa armada tentera
untuk menyerang malaysia ...

AMARIKOS menyuruh negara berhampiran dengan Malaysia yang merupakan
sekutu rapatnya SINGOFURO di selatan, TAHAILAND di Utara dan
PILLIPINNOS di Timur menenyerang Malaysia dengan alasan memburu
pengganas al-Qaeda atau Hizbullah sama seperti alasan Israel
menyerang Lubnan dan Palestin.

Walaupun Malaysia cakap Malaysia negara bebas pengganas tentera
Kuffar tetap menyerang malaysia jugak sama seperti mereka menyerang
Iraq kerana mereka dakwa Iraq ada senjata pemusnah, Afghanistan ada
Pengganas Taliban, Lubnan ada Pengganas Hibullah dan Malaysia ada
Pengganas Jemaah Islamiah.

Malaysia tetap mempertahankan Malaysia ini tidak ada pengganas tetapi
suara kita tidak dihiraukan sama seperti mereka tidak hiraukan
Afghanistan , Iraq , Lubnan dan Palestin.

Sebelum tiba saat MALAYSIA DISERANG ini Perdana Menteri kita... YB
Wakil Rakyat... Parlimen dan ADUN... Tauke-tauke Cina yang kaya...
semua cabut lari ke keluar negara dengan jet dan pesawat peribadi
masing-masing. Mereka ada duit untuk cari perlindungan di luar negara.

Tinggallah rakyat Melayu Islam yang miskin hina ini di negara
sendiri, menunggu masa untuk diserang oleh tentera Kuffar AMARIKOS
dan sekutunya.
Barulah rakyat tahu bahawa pemimpin Melayu dan tauke cina yang
dijadikan pepimpin sebelum ini tidak sama seperti Khalifah Umar Al-
Khattab... Khalifah Ali Abi Thalib... Khalifah Khalid Al-Walid...
Khalifah Salahuddin Al-Ayubbi... yang sanggup berada dibarisan
hadapan berdepan musuh-musuh Islam.

SAAT Peperangan bermula....

Tempat yang mula-mula sekali dibom adalah Putrajaya, diikuti negeri-
negeri lain. AMARIKOS dan Sekutunya mengebom...melancar peluru
berpandu...
membedil...menembak Rakyat Malaysia ...mereka membunuh Orang tua...
perempuan dan Anak-anak kecil orang melayu islam kita...sama seperti
Yahudi menembak dan membunuh rakyat Lubnan yang tak berdosa!!!
AMARIKOS dan sekutunya menyerang MALAYSIA secara besar-besaran.
Apabila selesai pesawat pejuang di Selat Melaka mengebom Perlis,
Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kuala Lumpur . Datang lagi
pesawat musuh silih berganti.... .

Apabila selesai pesawat pejuang di laut China Selatan mengebom
Kelantan, Terengganu, Pahang....datang lagi pesawat musuh silih
berganti....
Johor pula dibedil dengan peluru berpandu jarak sederhana SINGOFURO...
diserang dengan jet-jet pejuang SINGOFURO yang sentiasa melalui ruang
udaranya... menghujani bom-bom dan roket...kemudian Johor dan negeri
sembilan dapat ditawan tentera musuh.

Anda di berada di Kedah....Pasukan Darat tentera Bersekutu mara dari
bahagian Utara...tentera bersekutu semakin dekat dengan rumah anda...
menentang pintu rumah anda....anda bersama dengan Isteri yang sarat
mengandung dan 3 orang anak ketakutan dalam rumah...

Tentera bersekutu memperkosa anak perempuan yang berusia 12 tahun
anda depan mata anda...sebagaimana tentera Sebia memperkosa umat
Islam Bosnia ...muncung senapang ditujukan di kepala anda...
Anak perempuan kesayangan anda yang anda bawak masa jamuan Raya
2006...diajukan muncung senapang...

DAMMMMMM...anak kesayangan anda mati ditembak oleh tentera
bersekutu...
Sebelum ini anda melihat anak umat islam Lubnan, Palestin mati
ditembak..
anda tidak mempunyai perasaan apa-apa... sekarang berlaku kepada diri
sendiri... baru tahu perasaan sedih anak mati ditembak di depan
mata.....

Anda menangis ketakutan... .

Tentera bersekutu merampas Isteri anda yang sarat mengandung, dibawa
menaiki trak...untuk dijadikan habuan tentera dalam kem. Anda dipukul
separuh mati oleh tentera bersekutu meninggalkan anda patah riuk
berlumuran darah. Anda sangka anda sudah mati....tetapi umur anda
masih panjang....anda masih hidup...anda merangkak menuju ke hutan
berhampiran disebuah bukit untuk menyembunyikan diri....

Anda mengalirkan air mata... INGAT AKAN ALLAH....

Ujian peperangan berlaku didepan mata anda sekarang. Anda sebelum ini
tidak pernah terlintas dengan peperangan. Kita sering disogokkan
negara kita aman, tiada peperangan, tiada pertumpahan darah tiba-tiba
hari ini diuji berlaku peperangan.

Pemimpin tersebut yang menyatakan negara kita aman cabut
menghilangkan diri.. Anda sudah tiada siapa lagi didunia ini....
Anak perempuan diperkosa dan dibunuh didepan mata...
Anak kecil ditembak didepan mata...
Isteri dirampas untuk diperkosa... . didepan mata!!!!
kawan-kawan. ..sahabat taulan... ramai yang terkorban..
dan tidak kurang juga yang cedera parahh..

Dipuncak bukit anda melihat kampung halaman anda terbakar. Mayat
orang melayu Islam bergelimpangan mati terutama golongan orang tua
dan kanak-kanak yang tidak sempat melarikan diri...mereka tidak
bernasib baik seperti anda...

Diatas bukit itu juga...anda melihat beribu-ribu Tentera bersekutu
berkumpul untuk membunuh dan menembak saki-baki orang melayu Islam
yang masih selamat... mengerledah setiap ruang yang ada untuk memburu
Al-Qaeda, Hizbullah atau Jemaah Islamiah... tetapi umat Islam lain
yang jadi mangsa...
Sementara menunggu sakaratul maut menjemput anda apabila anda tersua
dengan Tentera bersekutu nanti....

Apa yang anda Harapkan pada masa itu????

Tiada perkara lain yang anda harapkan kecuali...
BANTUAN ALLAH....
BANTUAN TENTERA UNTUK MEMBELA AGAMA ALLAH...

ANDA MENGHARAPKAN UMAT ISLAM DARI NEGARA LAIN MEMBERI BANTUAN
KETENTERAAN KEPADA MALAYSIA ... ANDA MENGHARAPKAN SAUDARA SEAGAMA
DENGAN ANDA MELINDUNGI ANDA DARIPADA SERANGAN TENTERA KUFFAR!!!! ANDA
MENGHARAPKAN BANTUAN TENTERA JIHAD FI SABILILLAH DARIPADA INDONESIA ,
SELATAN THAILAND , BANGLADESH , PAKISTAN ,DAN NEGARA OIC YANG
LAINNNNNN... ..BAGI MELAWAN TENTERA PENCEROBOH BUMI MALAYSIA INI......

Tetapi tunggu punya tunggu.... bantuan ketenteraan tidak kunjung
tiba...

ANDA TERDENGAR UCAPAN DARIPADA PEMIMPIN DUNIA ISLAM YANG LAIN
menyatakan:

"Kami Negara-Negara Islam Mengutuk tentera PENCEROBOH menyerang
Malaysia "
(Presiden Burkina Faso, Pengerusi OIC yang baru)

"Kami akan menghantar 10 000 Tentera pengaman ke MALAYSIA selepas
tamat perang nanti...setelah habis kawasan Malaysia dibom oleh
tentera bersekutu"(Presiden NAM )

"Alhamdulillah. .. Negara kita Indonesia aman damai berbanding dengan
negara Malaysia yang dilanda peperangan.. .Kita semua patut
bersyukur... kita dapat menyambut hari raya aidilfitri dan deepavali
dalam suasana yang aman harmoni", Presiden Indonesia- Negara Umat
Islam paling ramai. (Pemimpin Malaysia selalu sebut camni)

"Tak apa... selepas peperangan tamat... Kami akan menghantar para pendakwah ke Malaysia untuk mendidik rakyat Malaysia " Wakil Penduduk Islam Selatan Thailand )

"Kami akan menghantar bekalan makanan dan ubatan kepada Penduduk
Islam Malaysia yang dilanda peperangan" Pemimpin Arab Saudi)..bagi komen dan pendapat...

APA PERASAAN ANDA APABILA MENDENGAR UCAPAN PEMIMPIN-PEMIMPIN ISLAM SEPERTI DIATAS DIKALA ANDA MEMERLUKAN BANTUAN KETENTERAAN DARIPADA MEREKA??

fikir-fikirkan. ......









Dunia ini tiada jaminan melainkan hanya satu peluang.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.

Hidup kena terus..!!

Wednesday, February 4, 2009

senario politik di Perak

tenang ketika GAWAT

Pelbagai kesan dirasai impak kegawatan ekonomi yang berlaku ketika ini. Di Malaysia, sudah 10,000 pekerja hilang pekerjaan sejak 1 Januari 2009 dan dijangkakan dalam tiga bulan pertama dalam tahun ini lebih ramai yang akan diberhentikan kerja. Dilaporkan di USA, seorang pekerja yang baru diberhentikan kerja telah bertindak nekad membunuh isteri dan 5 orang anaknya sebelum membunuh dirinya sendiri!!! Peristiwa yang tragic ini adalah sebahagian fenomena sosial akibat tekanan hidup yang berat kerana kegawatan ekonomi yang sedang berlaku.

Bagi seorang Muslim, kegawatan yang berlaku adalah satu ujian yang ditakdirkan oleh Allah SWT. Muslim yang percaya kepada qada' dan qadar akan mengharungi segala ujian dengan tabah dan optimis betapa di sebalik ujian dan dugaan ini pasti menyusul kesenangan dan kemanisan. Rasulullah SAW bersabda: "Allah SWT berfirman; Aku berasa kagum terhadap hamba-hambaKu yang beriman….. apabila mereka diuji dengan kesenangan mereka bersyukur dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka dan apabila mereka diuji dengan kesusahan maka mereka bersabar dan itulah sebaik-baiknya bagi mereka" (riwayat Muslim).

Antara amalan yang patut kita laksanakan dalam keadaan yang gawat ini adalah seperti berikut:

1. Berjimat cermat dan merancang perbelanjaan sebijaknya. Berbelanja hanya pada perkara yang perlu;

2. Banyak berdoa memohon dimurahkan rezeki. Sebahagian ulama juga mengatakan bahawa solat dhuha antara amalan untuk murah rezeki. Tapi janganlah nawaitu untuk solat dhuha "kerana Ringgit Malaysia".

3. Menjaga hubungan silaturrahim kerana menjaga hubungan silaturrahim adalah antara amalan yang menjadi punca murah rezeki. "Barangsiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim" (riwayat al Bukhari dan Muslim);

4. Konsisten dalam bersedekah. Nampak pelikkan, dalam susah pun kena konsisten bersedekah??? Terdapat pelbagai hadith yang sahih yang menjelaskan betapa orang yang banyak bersedekah takkan jatuh miskin dan dilipatgandakan rezekinya. Disebutkan dalam sebuah hadith: "Setiap kali menjelang Subuh, turunlah dua Malaikat ke langit dunia. Salah satu di antara mereka berdoa: "Ya Allah kau gantikan (dengan banyaknya) kepada hambaMu yang banyak memberi (bersedekah)" manakala malaikat yang satu lagi berdoa: "Ya Allah kau hilangkan (dengan banyak) bagi orang yang menahan harta mereka (kedekut)" (riwayat Bukhari dan Muslim). Again, ikhlaskan niat kerana Allah jangan sampai sedekah kita kerana "Ringgit Malaysia";

5. Sentiasa bersangka baik kepada Allah samada ketika diuji dengan kesenangan atau kepayahan. Jangan terlintas di hati kita perasaan betapa Allah tidak adil dan tidak kasih kepada kita. Yakinlah, apa pun ujian dari Allah pasti ada hikmah yang tersirat. Sesungguhnya Allah tidak pernah menzalimi hamba-hambaNya.



**To all non Muslim colleague: We hope you enjoy reading the above for knowledge and understanding**

Monday, February 2, 2009

untungnya wanita

Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan ALLAH... jadi 'kilang' manusia.



Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap di waktu itu sembahyang terbaik darinya.



Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. Sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.


Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak?


Marilah kita berpegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid. Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur.


Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Di akhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima di atas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.


Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syurga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.


Di dunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.


Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat di dalam dan di luar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.

honeymoon 4 beradik...he..heee

Mak Minah & Pak Mat ada 4 org anak perempuan yang sangat disayangi
>> >>>> iaitu Siti, Seri, Murni & Suri.
>> >>>>
>> >>>> Satu hari mereka berpakat utk kawinkan anak2 ni serentak. Selepas
>> >>>> selamat diijabkabulkan, keempat2 anak tu pun bercadang untuk pegi
>> >>>> honeymoon. Siti pegi honeymoon ke Pulau Langkawi, Seri ke Pulau
>> >>>> Tioman, Murni ke Pulau Kapas & Suri ke Pulau Pangkor.
>> >>>>
>> >>>> Sebelum pegi Mak Minah & Pak Mat berpesan, "nanti jgn lupa hantar
>> >>>> berita pada mak & ayah. Ceritakan macam mana honeymoon korang. Tak
>> >>>> payah tulis
>> >>>> panjang2, pakai kod iklan aja dah cukup. Ringkas, padat & cepat"
>> >>>> panjang lebar Mak Minah memberi arahan pada anak2nya.
>> >>>>
>> >>>> Seminggu lepas tu depa terimalah surat dari Siti yang bertulis
>> >>>> 'Standard Charted'. Tercari2lah ke2 suami isteri ni iklan Standard
>> >>>> Chartered dan
>> >>>> bila jumpa tersenyum le kedua2nya membaca iklan yang bertulis
>> >>>> "Besar, teguh
>> >>>> & peramah"... Bahagialah Si Siti rupanya...
>> >>>> Esoknya terima pula surat Seri yang bertulis 'Nescafe'. Carilah
>> >>>> iklan
>> >>>> Nescafe & tersenyum lagi ke2nya membaca iklan yang bertulis
>> >>>> "Nikmatnya
>> >>>> hingga ke titisan yang terakhir"... Bahagialah Si Seri rupanya...
>> >>>> Selang beberapa hari kemudian, tiba pula surat Murni bertulis KFC'.
>> >>>> Carilah iklan KFC & tersenyum ke2nya membaca iklan yang bertulis
>> >>>> 'Hingga
>> >>>> Menjilat Jari'... Bahagialah Si Murni rupanya...
>> >>>> Seminggu berlalu, tiada surat dari Suri, Mak Minah & Pak Mat dah
>> >>>> risau.
>> >>>> Dua Minggu... tak ada jugak... masuk minggu ke3 baru sampai surat
>> >>>> dari Suri
>> >>>> dengan isi kandungannya "AIR ASIA". Bergegas le Mak Minah cari iklan
>> >>>> penerbangan tu sbb tak sabar nak tau apa yg jadi kat anak bongsunya.
>> >>>>
>> >>>> Bila dibaca..... Mak Minah & Pak Mat terkulat2 tak tau nak senyum
>> >>>> atau
>> >>>> menangis.... Apa motto iklan itu???????????.......................
>> >>>> > > ....7 KALI SEMINGGU... 3 JAM SEKALI.... NON-STOP!!!!!

ikan apa ni???





ada wireless tu......

seloka ustat Hj Akil

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Mas a tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Mas a tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa.
Sebarkanlah ini kepada ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan dan
sahabat handai kita agar masyarakat
kita akan menjadi sebuah masyarakat yang bukan sahaja maju dari segi
duniawi malah ukhrawi. Insya-Allah. ..Allahhuakbar! Allahhuakbar!
Allahhuakbar! )

pejuang sebenar