Tuesday, March 17, 2009

Menilai "KEIKHLASAN" si dia & anda sendiri..

Seorang wanita dan
kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh
megah. Semua kawan-kawan dankeluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati
hari yang berbahagia tersebut..



Suatu acara yang
luar biasa dan sungguh mengesankan.
kedua mempelai begitu anggun

dan gagah dalam
persalinan yang indah. Setiap pasang mata yang memandang setuju

mengatakan bahawa
mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan.



Beberapa bulan
kemudian, si suami berkata kepada
isterinya:



Sayang, abang baru
membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan
dan tali pernikahan kita", katanya sambil menunjukkan majalah tersebut.
"Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita.



Kemudian, kita akan
membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan

perkahwinan kita
bersama lebih bahagia ...".



Isterinya setuju
dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika
pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik

kerana ia adalah
untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur

dan mencatat apa
yang terlintas dalam benak mereka masing-masing.



Esok pagi ketika
sarapan, mereka sedia membincangkannya. "Abang akan mulai dulu ya",

kata suami. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak
sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka

surat ...



Ketika ia mulai
membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai
mengenai diri isterinya, ia

memperhatikan
bahawa airmata isterinya mulai mengalir ...



"Maaf, apakah
abang harus berhenti ?" tanyanya.









"Oh tidak, teruskan ..." jawab isterinya.



Lalu si suami
melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya
dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, "Sekarang giliran
sayang pula membacakan
senaraimu".



Dengan suara
perlahan isterinya berkata, "Saya tidak mencatat sesuatupun
di atas kertas saya. Bagi saya abang sudah
sempurna, dan saya tidak ingin dan tidak akan mengubah dirimu Abang... Abang
adalah tersendiri. Abang adalah pelengkap segala kekurangan saya..Dan jika
adapun kekurangan Abang, kekurangan itulah yg mendekatkan hati saya dengan
Abang ..."



Si suami
tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi
hati isterinya ..... bahawa isterinya menerima dirinya seadanya.



Dia kemudian tertunduk dan menangis ...















P/s: Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah
kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan
orang lain?...



Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada
manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki..
.



Wallahualam



"Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita
dan menerima segala kelemahan kita, sudah
pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita...







INSYA ALLAH."

No comments: