Friday, August 29, 2008

Merdekaaaa - Perang Dunia ke 2

Perang Dunia Ke 2 Di Malaya

yang berlaku dari tahun 1939 - 1945 telah menyemarakkan semangat untuk menuntut kemerdekaan di kalangan penduduk Tanah Melayu di zaman itu . Kejatuhan British ditangan Jepun pada 1941 telah membuka mata mereka untuk bangun menentang penjajah.

Pada 8 Disember 1941, Jepun telah melancarkan serangan ke atas Asia Tenggara dan melumpuhkan angkatan tentera Amerika di Pearl Harbour ,Hawaii sebelum menawan tanah Melayu pada tahun 1942. Pemerintahan Jepun yang kejam selama 4 tahun membuatkan rakyat Tanah Melayu membentuk gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun.

Pada masa tersebut,pihak Jepun telah menyedari bahawa penduduk tanah Melayu sudah mulai menyebelahi pihak British untuk menentang mereka. Keadaan ini telah memberi penekanan yang barupada pihak tentera Jepun.

Pada jam 8.15 pagi, 6 Ogos 1945 , tentera Amerika Syarikat telah menggugurkan bom atom di bandar Hiroshima, Jepun sekaligus menamatkan Perang Dunia ke II .

No comments: