Friday, August 29, 2008

kereta berhias merdeka

Merdekaaaa - Perang Dunia ke 2

Perang Dunia Ke 2 Di Malaya

yang berlaku dari tahun 1939 - 1945 telah menyemarakkan semangat untuk menuntut kemerdekaan di kalangan penduduk Tanah Melayu di zaman itu . Kejatuhan British ditangan Jepun pada 1941 telah membuka mata mereka untuk bangun menentang penjajah.

Pada 8 Disember 1941, Jepun telah melancarkan serangan ke atas Asia Tenggara dan melumpuhkan angkatan tentera Amerika di Pearl Harbour ,Hawaii sebelum menawan tanah Melayu pada tahun 1942. Pemerintahan Jepun yang kejam selama 4 tahun membuatkan rakyat Tanah Melayu membentuk gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun.

Pada masa tersebut,pihak Jepun telah menyedari bahawa penduduk tanah Melayu sudah mulai menyebelahi pihak British untuk menentang mereka. Keadaan ini telah memberi penekanan yang barupada pihak tentera Jepun.

Pada jam 8.15 pagi, 6 Ogos 1945 , tentera Amerika Syarikat telah menggugurkan bom atom di bandar Hiroshima, Jepun sekaligus menamatkan Perang Dunia ke II .

Merdekaaaa - Tema Hari Kebangsaan

Tema Hari Kemerdekaan Ke 51

Tema : Perpaduan Teras Kejayaan

Rekabentuk logo ini diilhamkan dari ikatan 3 figura yang saling berganding bahu menunjukkan perpaduan erat melambangkan
”Perpaduan Teras Kejayaan”.

3 ikatan figura manusia saling berganding bahu menunjukkan rakyat yang bekerjasama di antara satu sama lain dalam menjaga keamanan dan memajukan negara.

3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat. Putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia. Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia. Manakala warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Petuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.

Thursday, August 28, 2008

Sudut Agama

Harga Sebuah Iman

Renung-renungkan dan selamat beramal…

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia . Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.
Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.
Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.
Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.
"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".
Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".
Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.
Sahabat-sahabatku sekalian... Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam... Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.
" DUNIA sebagai ALAT AKHIRAT sebagai MATLAMAT "

Monday, August 11, 2008

cerita kelakar

Jasad tidak di terima bumi

--------------------------------------------------------------------------------

Jasadnya tidak di terima bumi...
Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun1973.
Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua pembaca budiman.
Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar,Jerantut
Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampungtersebut. Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.
Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak ituadalah Salleh pencerita kisah ini. Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang.
Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin. Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut.Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah.
Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.
Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya.
Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.
Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu. Selepas makan malam, Salleh terus masuktidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.
Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja.
Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.
Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.
Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salled bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar.
Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.
Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur.Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Sallehberlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.
Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yangberat dari lubang tersebut.Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.
Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya
di talian bebas tol :1-800-88-88-88

Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus

Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja.
Cukaiperkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.


KEPEK..KEPEK.. UBI ..... UBI...SAPER NAK BELI UBIIIII..

hehehehehe kekeke

Saturday, August 9, 2008

lirik lagu

permintaan terakhir ( nyayian dari penjara )
CiNtA TiGa SeGi

Setahun sudah ku menunggu dirimu
Akhirnya kau menjadi milikku
Susahnya untuk ku melepaskanmu
Kerana kau ku cintai selalu

c/o Tapi sayang….

Kehadiran kekasih lamamu
Datang kembali mengenang cinta dahulu
Mengapa ini semua harus berlaku
Apakah ini semua kerna diriku
Sedangkan aku penawar da…dalam percintaan
Tak sanggup ….aku melepaskanmu

Kau ibarat….

Terperangkap di tengah lautan
Tak tahu mana arah untuk kau menuju

Andai kau pinta untuk melepaskan mu..
Terpaksa aku turutkan
Mungkinkah ini suatu pengajaran
Di dalam percintaan….