Monday, June 2, 2008

Lawak Jenaka

Jangan Tengok Gambar Luncah
nanti jadi cam gini

Sudut Agama

ingatlah pengorbanan ibu

Orang kata aku lahir dari perut mak..Bila dahaga, yang susukan aku.. makBila lapar, yang suapkan aku..ibuBila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. makKata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!Bila bangun tidur, aku cari.. makBila nangis, orang pertama yang datang ..makBila nak bermanja... aku dekati makBila nak bergesel... aku duduk sebelah makBila sedih, yang boleh memujukku hanya makBila nakal, yang memarahi aku... makBila merajuk... yang memujukku cuma..makBila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..makBila takut... yang tenangkan aku.. makBila nak peluk... yang aku suka peluk..makAku selalu teringatkan ..makBila sedih, aku mesti talipon... MakBila seronok... orang pertama aku nak beritahu... makBila bengang.. aku suka luah pada ..MakBila takut, aku selalu panggil.. "makkkkkkkkkkkk! "Bila sakit, orang paling risau adalah ..MakBila nak exam, orang paling sibuk juga MakBila buat hal, yang marah aku dulu..MakBila ada masalah, yang paling risau.. MakYang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... MakYang selalu masak makanan kegemaranku. . MakYang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, MakYang selalu berleter kat aku.. . MakYang selalu puji aku.. MakYang selalu nasihat aku.. .MakBila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... MakAku ada pasangan hidup sendiriBila seronok... aku cari pasangankuBila sedih... aku cari MakBila berjaya... aku ceritakan pada pasangankuBila gagal... aku ceritakan pada MakBila bahagia, aku peluk erat pasangankuBila berduka, aku peluk erat MakBila nak bercuti... aku bawa pasangankuBila sibuk... aku terlupa pada MakBila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasangankuBila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari IbuSelalu... aku ingat pasangankuSelalu... Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasangankuEntah bila.. aku nak talipon MakSelalu... aku belikan hadiah untuk pasangankuEntah bila.... aku nak belikan hadiah untuk MakRenungkan:Dulu Mak pernah kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".Berderai air mata. Hari ini kalau Mak mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.ingatlah pengorbanan ibuuuuu....

Parabola Haram

Parabola haram di Pantai Remis, Segari

PANTAI REMIS 27 Jan. – Pemasangan parabola haram dikesan semakin berleluasa di sini, dipercayai ekoran daripada ketiadaan tindakan pihak berkuasa iaitu Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menangani perbuatan tersebut.
Penggunaan parabola haram yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan itu dikatakan telah bermula sejak dua tahun lalu tetapi sehingga kini tidak ada seorang pun penduduk yang dikenakan tindakan.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Segari dan Pantai Remis di sini mendapati, beberapa rumah termasuk rumah nelayan di pelantar ikan dipasang set parabola itu.
Selain itu, penduduk di kawasan pelantar pendaratan ikan juga dikesan memasang peralatan ‘piring’ penerima isyarat pancaran secara terang-terangan tanpa sebarang perasaan takut.
Keadaan tersebut mungkin disebabkan kawasan berkenaan jarang dimasuki pihak penguat kuasa SKMM walaupun lokasinya hanya terletak kira-kira dua kilometer dari pekan Pantai Remis.
Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, set parabola haram itu boleh diperolehi dengan mudah dan ditawarkan pada harga serendah RM170 di pasar-pasar malam sekitar daerah ini.
‘‘Ada juga ejen-ejen haram yang pergi rumah ke rumah bagi mempengaruhi penduduk supaya memasang set parabola ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini.
Sementara itu, seorang lagi penduduk yang juga enggan dikenali mendakwa, sehingga kini, penguat kuasa SKMM tidak pernah menjalankan sebarang operasi di kawasan ini.
Tegasnya, penguat kuasa SKMM sepatutnya turun padang dan mengambil tindakan ke atas pengguna peralatan haram itu.
‘‘Jika susah sangat, saya cadangkan SKMM pinda sahaja peruntukan undang-undang di Parlimen supaya semua orang boleh pasang parabola,” katanya.
Mengikut Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), pemasangan sebarang peralatan yang tidak menepati piawaian yang ditetapkan seperti parabola adalah tidak dibenarkan.
Selain set parabola itu boleh dirampas oleh SKMM, individu terlibat boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Lawak Jenaka

ADA SISA MAKANAN, ENCIK?

Seorang pengemis pergi ke sebuah warung dan bertanya, "Ada sisa makanan, encik?"
Tuan warung pun menjawab, "Tidak ada."
Pengemis itu pun mengeluh, "Iya la, nasibku." Lalu dia berlalu pergi.
Keesokan harinya, pengemis tersebut pergi ke warung itu lagi dan bertanya soalan yang sama. Begitu juga hari-hari yang berikutnya tetapi dia tetap menerima jawapan serupa iaitu 'tidak ada'.
Akibat jemu dengan soalan yang seing ditanya oleh pengemis tersebut,
akhirnya tuan warung berkata, "Saya sudah berkali-kali cakap, saya tidak ada sisa makanan untuk diberi kepada kamu. Semuanya habis dijual!
Jika kamu bertanya lagi, saya akan paku kaki kamu ke lantai,"
Keesokannya, pengemis itu datang lagi ke warung dan bertanya,
"Ada paku?""Tidak ada," jawab tuan warung.
Pengemis bertanya lagi, "Ada sisa makanan, encik?"

Lawak Jenaka

kirimkan berita dengan segera

Kirimkan Berita Dengan Segera Seorang wartawan pergi ke sebuah pusat peranginan untuk berehat.. Setelah Dua hari berada dipulau itu... tiba-tiba berlaku kejadian yang tidak diduganya iaitu tempat itu telah dibom dan hampir 10 buah rumah rehat musnah... dan beberapa lagi cedera parah..Petang itu... Pengarang tempat dia bekerja teringat yang wartawan itu berada dipulau tersebut telah menelefon dan menyuruh wartawan itu mengirimkan berita terkini untuk disiarkan didalam akhbarnya..."KIRIMKAN BERITA DENGAN SEGERA" kata Pengarang Akhbar...Mereka membiarkan satu halaman kosong di muka depan surat khabarnya untuk diisi berita mengenai peristiwa pengeboman tersebut...Akhirnya Pengarang Akhbar itu menerima surat balasan dari si wartawan... bunyinya:"JANGAN BIMBANG SAYA SELAMAT"

LSF IV ( yob4ever.com )

berehat sebelum memulakan perlawanan

LSF IV ( yob4ever.com )

Tandatangan ahli forum yob4ever.com
yang datang pada perlawanan futsal.