Friday, June 13, 2008

minyak naik lagiiii

MOTIF DI SEBALIK KENAIKAN BAHAN API

Another project for KJ...
'Untuk kenaikan harga minyak kali ini. Penstrukturan subsidi yg dibayar menggunakan wang pos.
Tahukah anda, Pos Malaysia adalah milik ECM-LIBRA, dan ECM-Libra adalah milik Khairi Jamaluddin menantu Pak Lah.Perancang strategik Pak Lah dari tingkat 4.Bayangkan duit yg masuk ke dalam poket Khairy, setiap RM10 yg dibayar sbg subsidi.. 10 sen akan masuk ke poket sebagai komisen wang pos. Maknanya ada 6 juta kenderaan di malaysia dan setiap kenderaan akan dapat subsidi Rm 620, iaitu RM 6.20 komisen kepada Khairi. Untuk setiap kenderaan RM 6.20 X 6 Juta kenderaan = RM 37 200 000 setiap tahun.Itu tidak termasuk bayaran setiap bulan terhadap VESEL dan Nelayan, juga menggunakan wang pos.' Bayaran tunai sebanyak RM200 setiap bulan bagi setiap pemilik dan pekerja vesel rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan. Bayaran insentif kepada pemilik vesel pada kadar 10 sen sekilogram hasil tangkapan ikan yang didaratkan oleh vesel perikanan berdaftar di pusat pendaratan ikan di dalam negara. 'Pembayaran akan diuruskan olehLembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Kabinet juga telah memutuskan pengusaha bot penumpang sungai akan diberi bayaran tunai sebanyak 10 sen seliter berdasarkan kuota yang diluluskan,' kata Abdullah.'Figure2 di atas tidak termasuk 'Berapa bilion wang kerajaan akan menjadi simpanan tetap di Pos Malaysia dan berapa untung Pos Malaysia memperniagakan wan

Wednesday, June 11, 2008

minyak naik lagiiii

kepada YB Pak Lah...

PM kesayangan kusaya ingin mengucapkan terima kasih kepade pak lah kerana menaikkan rege minyak..selepas ini apebile rege minyak naik.. rege barang yg lain akan naik..
saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merahmate dan pecah perut kepade ikan kering sahaja..saya sanggup berkorban untuk umno dan bn..
anak saye yg seramai 5 org itu boleh bekerje selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong umno dan bn
saya akan merubah bilik bilik yg ade di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponiksaya.
terpakse tanam dalam bilik kerna saya dok kat umah flat..
rebet yg diberikan kepade saya memang melebih dari keperluan saya..apebile saya congak.. saya hanya menggunakan 20 sen aje duit minyak moto sehari.. ade untung 21 sen
saya tak pakai pon kete... sebab bile minyak naik.. saya kene jual datsun kotak mancis saya.. dapat gak duit..
anak anak saya, saya akan soh eksesais setiap hari dengan berjalankaki atau naik beskal ke sekolah.. sejauh 5 km walaupon saye berpendapatan rm 1000.. ia terlebih cukup untuk keluarga saya...
buat permulaan untuk merubah kehidupan saya..saya tidak akan menggunakan gula... tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot dan akan menggantikan beras ngan ubi...
setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk) saya akan buat minyak masak sendiri itu antara cara saya merubah hidup..ade banyak lagi cara semuanya kerana umno dan bn...
dan saya ingin meminta pak lah supaya menaikkan lagi rege minyak yg ade..bukan tu ajerk.. diminta menaikkan lagi rege tol kerna org sebelah rumah saya nih org pembangkang dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke dia.
mungkin pak lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti..insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah..tapi jangan lupa.. pak lah tandatangan yerk..!
jgn lupe pak lah.. naikkan lagi rege minyak..jgn turun kan gaji menteri menteri dan tuan penasihat 25%..
saya tetap akan menyokong pak lah..akhir kata bior Pak Lah senang, janji kami susah..
hidup umno, hidup bn..sekian terima kasih..

ps/ sampaikan salam saye pade KJ dan Patrik badawi..
dan tak lupe gak tuan punya syarikat Scomi

pecah kaca, pecah gelas,sudah baca, harap balas.

Monday, June 9, 2008

Lawak Jenaka

Buah Mangga

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.
Pembeli : "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga : "RM7!"
Pembeli : "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!?"
Peniaga : "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli : "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga : "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli : "Kalau macam tu, bagi saya yang tak manis 10 kilo!"
Peniaga : "#$%@%&%????...

Lawak Jenaka

Pertandingan ratu cantik

Satu pertandingan ratu cantik sedang diadakan.
Seorang demi seorang wanita cantik keluar ke pentas memperagakan diri sambil diperkenalkan oleh juru acara majlis.
"Inilah Miss Malaysia"....tetamu bertepuk sambil bersorak
"Inilah Miss India"....sorakan bertambah gemuruh
"Inilah Miss China"....semakin rancak tepukan dan ada yang bersiul...
Tiba-tiba tabir belakang pentas terselak dan keluarlah seorang nenek tua bertongkat tercengang-cengang.
Nenek itu kelihatannya seolah-olah tak mengerti lansung apa yang berlaku. Sambil berjalan dengan tongkatnya atas pentas, nenek tua itu menggaru-garu kepalanya.
Keadaan itu membuatkan juru acara tergamam dan spontan berkata
"Err..dan yang ini pula,...Miss understanding"..

Thursday, June 5, 2008

Lawak Jenaka

Bijak! Bijak!

Wati pergi ke sungai untuk membasuh pakaian.
Sebaik tiba, terlihat olehnya seekor ikan yang menggelepar di atas batu.
Wati menghampirinya.
Tiba-tiba ikan itu bersuara, "Kalau puan menolong aku, puan akan mendapat apa yang dihajati.
Tetapi hanya tiga permintaan sahaja yang dapat dimakbulkan. Tiap kali permintaan dikabulkan, suami puan akan mendapat 10 kali ganda.
Wati: Baiklah, saya mahu kelihatan cantik.
Ikan: Tetapi suami puan menjadi lelaki paling tampan di dunia ini.
Wati: Tiada masalah. Lalu Wati menjadi wanita yang paling cantik di kampung itu. Permintaan kedua ialah Wati ingin menjadi kaya.
Ikan: Ingat! suami puan 10 kali lebih kaya.
Wati: Tidak mengapa. Wang miliknya akan menjadi milik aku juga. Maka jadilah Wati wanita kaya dengan gelang memenuhi tangan."Permintaan ketiga?" Tanya ikan.
"Aku nak serangan jantung yang ringan," jawab Wati.

Lawak Jenaka

Donat dan Kopi

Micheal warga Australia tidak boleh berbahasa Melayu telah berhijrah ke Malaysia...
Semasa berhijrah ke Malaysia teman-temannya mengajar dia untuk berkata
"kuih donut dan kopi" dalam bahasa Melayu agar ia dapat memesan makanannya sendiri.Keesokan harinya, Micheal masuk ke sebuah warung.
"Nak makan apa?" tanya pelayan."Kuih donut dan kopi," kata Micheal.
Kerana hanya itu yang dapat dikatakannya, ia terpaksa memakan kuih donut dan kopi setiap hari selama satu bulan.
Ketika dia mengeluh pada teman-temannya, mereka mengajar pula untuk
mengucapkan "roti daging".Dengan berbekal tambahan kata-kata barunya,
Micheal masuk ke restoran dan terus memesan,"Roti daging.
""Ayam atau Lembu?" tanya si pelayan.
"Kuih donut dan kopi," kata Micheal.

minyak naik lagiiii

KOTA BHARU, 4 Jun (Hrkh) - Pengumuman kenaikan harga minyak (diesel RM1,00 dan Petrol RM0.78 sen) yang dibuat kerajaan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad badawi disifatkan sebagai hadiah dari kerajaan 'PM terlampau' kepada rakyat.
Demikian kata Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar kepada Harakahdaily hari ini selepas pengumuman kenaikan harga minyak yang dibuat kerajaan sebentar tadi.
Sambil menyatakan ia sebagai satu tindakan yang terlampau, Mahfuz berkata kerajaan Abdullah Badawi sekali lagi menipu rakyat dengan tanpa sebarang petanda terus mengumumkan kenaikan harga minyak pada tahap tertinggi.
Sedangkan sebelum ini kenaikan dikatakan akan dikaji dan berkemungkinan akan berlaku pada Ogos ini, ujar Mahfuz.
Namun tanpa sebarang 'signal' awal kepada rakyat, kerajaan terus memperbodohkan rakyat dengan menaikkan sekali lagi harga minyak pada satu tahap yang cukup menjerat kehidupan rakyat.
"Ini keputusan dari kerajaan yang terlampau, rakyat dihadiahkan dengan kenaikan RM0.78 sen harga petrol sementara diesel sehingga rm1.00. Ini satu kenaikan yang tertinggi yang pernah dicatatkan," ujarnya.
"Dengan tindakan ini, rakyat dihumban kerajaan Umno/BN kepada satu kehidupan yang lebih teruk tanpa sebarang belas kasihan," ujar Mahfuz.
Baginya tindakan ini sekali lagi satu penipuan dimana sebelum ini semasa pilihan raya umum yang lalu, kerajaan berjanji tidak akan menaikkan harga minyak.
Sebaliknya selepas tiga bulan pilihan raya umum berlalu dengan rakyat hampir menolak kerajaan yang ada, kerajaan BN membalas dendam dengan menaikkan harga kepada tahap yang melampau.
"Kita akan berbincang dengan NGO dan Pakatan Rakyat untuk membuat tindakan bantahan.
"Saya bimbang jika pilihan raya lalu rakyat telah memberi signal yang jelas kepada kerajaan agar jangan mempermainkan rakyat, kali ini rakyat bakal memberi signal kepada kerajaan untuk berundur dengan kenaikan harga minyak ini," ujarnya.
Sementara itu dalam tinjauan Harakahdaily di stesen-stesen minyak di sekitar ketereh dan Machang, deretan kenderaan sedang bersesak untuk mengisi minyak berikutan pengumuman kerajaan sebentar tadi.
Kesesakan hampir 5 kilometer berlaku di Ketereh sementara di Kok Lanas pula kesesakan bermula daripada Jalan Kok Lanas ke Ketereh berhampiran Stesen Minyak Caltek Jalan Kota Bharu Kuala Krai.
Ramai yang ditemui merungut dengan kenaikan harga minyak yang melampau ini.

Wednesday, June 4, 2008

Spring - Sejiwa

Sejiwa

Pada irama ku berpesan,
Lagu ini ditujukan
Padanya yang Tersayang
Kasihku kau pernah dipersia
Lalu kubawa cintaku
Sebagai penawarnya
Biar lukamu masih terasa
Sesaat engkau tidak ku temu
Bulan seakan pilu
Tiada dapat beradu
Begitu jika engkau membisu
Badai jauh dilautanTiada ketepian
Sebegitu cintaku padamu
Usahlah cinta dibawa bersama
Ditenggelami mentari di timur
Gelap gelita tiada bercahaya
Ku tiada berdaya
kuIngin selalu di sampingmu
Tiap waktu siang melambai malam
Bagaikan senja denyutan cinta kita
Penyambung hadirnya
( ulang 1 )Akan ku bina istana bahagia
Menjadi lambang kasih berpanjangan
Hentikan airmata pedih kenangan
Yang mencakar perasaan
Mekarlah bunga cinta
Seharum wangi kemboja
Mekarlah bunga cinta
Di taman kita sejiwa

Percaya atau Tidak

Percaya atau tidak inilah realitinya.......

Liew Kim Tu bekas pemain bola sepak Kuala Lumpur mendapat pangkatsatu (1) dalam mata pelajaran pengajian agama islam dalam peperiksaan sijil pelajaran malaysia..

Isteri Steve Darby ( jurulatih bolasepak pasukan Perak ) adalah seorang pemain bola sepak wanita yang mewakili Australia dalam kejohanan piala dunia wanita di Amerika Syarikat pada tahun 1999...

Azmil Azali adalah penjaring tetap pasukan johor ketika johor bertemu pahangdan membuat 2 kali jaringan dari jarak 40 meter dalam perlawananPiala FA dan Liga Perdana 1 yang lalu di Stadium yang sama ( Stadium Pasir Gudang ) walau bagaimana pun jaringan dari jarak jauh itu tidak dikira ketika piala FA...

FAM ( Persatuan Bola Sepak Malaysia ) berhempas pulas untuk manaikkan namapasukan bola sepak Negara dengan menukar-nukar Pemain dan jurulatih sedangkan ia masih mengekalkan pucuk pimpinan yang lama..

Tuesday, June 3, 2008

Sudut Agama

Jangan!, jangan! dan jangan!

Jangan sengaja lewatkan solat.Perbuatan ini Allah tidak suka.Kalau tertidur lain cerita.
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alaskaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,mengotori seluruh rumah kita.
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.Makruh kerana ia membahayakan.
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat).
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
Jangan biarkan mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa..
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan.
Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya..

Lawak Jenaka

Fakta Pemain Bolasepak Dunia

1. Pemain paling banyak meludah di padang = Florent Malouda - France
2. Pemain paling suka makan lepat = Frank Lampard - England
3. Pemain yang menguruskan 3 pos ofis = Helder Postiga - Portugal
4. Pengurus pasukan yang suka berlari = Luis Philipe Scolari - Portugal
5. Pemain yang main bolasepak dan ping-pong = Razak Pimpong - Ghana
6. Pemain bolasepak juga kawan baik Batman = Robinho - Brazil
7. Pemain bolasepak yang juga macam Batman = Mathias Kezman - Serbia Montenegro
8. Pemain yang tak pernah miss bayar bil = Adabayour - Togo
9. Pemain yang main bolasepak dan biola = Saviola - Argentina
10 . Pemain bolasepak yang paling manis = Maniche - Portugal
11 . Pemain yang selalu terluka di padang = Luca Toni - Italy

Monday, June 2, 2008

Lawak Jenaka

arghhhhhhhh....Tensionnya................


Lawak Jenaka

Jangan Tengok Gambar Luncah
nanti jadi cam gini

Sudut Agama

ingatlah pengorbanan ibu

Orang kata aku lahir dari perut mak..Bila dahaga, yang susukan aku.. makBila lapar, yang suapkan aku..ibuBila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. makKata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Bu!Bila bangun tidur, aku cari.. makBila nangis, orang pertama yang datang ..makBila nak bermanja... aku dekati makBila nak bergesel... aku duduk sebelah makBila sedih, yang boleh memujukku hanya makBila nakal, yang memarahi aku... makBila merajuk... yang memujukku cuma..makBila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah..makBila takut... yang tenangkan aku.. makBila nak peluk... yang aku suka peluk..makAku selalu teringatkan ..makBila sedih, aku mesti talipon... MakBila seronok... orang pertama aku nak beritahu... makBila bengang.. aku suka luah pada ..MakBila takut, aku selalu panggil.. "makkkkkkkkkkkk! "Bila sakit, orang paling risau adalah ..MakBila nak exam, orang paling sibuk juga MakBila buat hal, yang marah aku dulu..MakBila ada masalah, yang paling risau.. MakYang masih peluk dan cium aku sampai hari ni... MakYang selalu masak makanan kegemaranku. . MakYang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, MakYang selalu berleter kat aku.. . MakYang selalu puji aku.. MakYang selalu nasihat aku.. .MakBila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk... MakAku ada pasangan hidup sendiriBila seronok... aku cari pasangankuBila sedih... aku cari MakBila berjaya... aku ceritakan pada pasangankuBila gagal... aku ceritakan pada MakBila bahagia, aku peluk erat pasangankuBila berduka, aku peluk erat MakBila nak bercuti... aku bawa pasangankuBila sibuk... aku terlupa pada MakBila sambut valentine... Aku hadiahi bunga pada pasangankuBila sambut hari ibu... aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari IbuSelalu... aku ingat pasangankuSelalu... Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasangankuEntah bila.. aku nak talipon MakSelalu... aku belikan hadiah untuk pasangankuEntah bila.... aku nak belikan hadiah untuk MakRenungkan:Dulu Mak pernah kata: "Kalau kamu sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kamu kirim wang untuk Mak? Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".Berderai air mata. Hari ini kalau Mak mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada.ingatlah pengorbanan ibuuuuu....

Parabola Haram

Parabola haram di Pantai Remis, Segari

PANTAI REMIS 27 Jan. – Pemasangan parabola haram dikesan semakin berleluasa di sini, dipercayai ekoran daripada ketiadaan tindakan pihak berkuasa iaitu Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dalam menangani perbuatan tersebut.
Penggunaan parabola haram yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan itu dikatakan telah bermula sejak dua tahun lalu tetapi sehingga kini tidak ada seorang pun penduduk yang dikenakan tindakan.
Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar Segari dan Pantai Remis di sini mendapati, beberapa rumah termasuk rumah nelayan di pelantar ikan dipasang set parabola itu.
Selain itu, penduduk di kawasan pelantar pendaratan ikan juga dikesan memasang peralatan ‘piring’ penerima isyarat pancaran secara terang-terangan tanpa sebarang perasaan takut.
Keadaan tersebut mungkin disebabkan kawasan berkenaan jarang dimasuki pihak penguat kuasa SKMM walaupun lokasinya hanya terletak kira-kira dua kilometer dari pekan Pantai Remis.
Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, set parabola haram itu boleh diperolehi dengan mudah dan ditawarkan pada harga serendah RM170 di pasar-pasar malam sekitar daerah ini.
‘‘Ada juga ejen-ejen haram yang pergi rumah ke rumah bagi mempengaruhi penduduk supaya memasang set parabola ini,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia hari ini.
Sementara itu, seorang lagi penduduk yang juga enggan dikenali mendakwa, sehingga kini, penguat kuasa SKMM tidak pernah menjalankan sebarang operasi di kawasan ini.
Tegasnya, penguat kuasa SKMM sepatutnya turun padang dan mengambil tindakan ke atas pengguna peralatan haram itu.
‘‘Jika susah sangat, saya cadangkan SKMM pinda sahaja peruntukan undang-undang di Parlimen supaya semua orang boleh pasang parabola,” katanya.
Mengikut Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588), pemasangan sebarang peralatan yang tidak menepati piawaian yang ditetapkan seperti parabola adalah tidak dibenarkan.
Selain set parabola itu boleh dirampas oleh SKMM, individu terlibat boleh dikenakan denda maksimum RM100,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Lawak Jenaka

ADA SISA MAKANAN, ENCIK?

Seorang pengemis pergi ke sebuah warung dan bertanya, "Ada sisa makanan, encik?"
Tuan warung pun menjawab, "Tidak ada."
Pengemis itu pun mengeluh, "Iya la, nasibku." Lalu dia berlalu pergi.
Keesokan harinya, pengemis tersebut pergi ke warung itu lagi dan bertanya soalan yang sama. Begitu juga hari-hari yang berikutnya tetapi dia tetap menerima jawapan serupa iaitu 'tidak ada'.
Akibat jemu dengan soalan yang seing ditanya oleh pengemis tersebut,
akhirnya tuan warung berkata, "Saya sudah berkali-kali cakap, saya tidak ada sisa makanan untuk diberi kepada kamu. Semuanya habis dijual!
Jika kamu bertanya lagi, saya akan paku kaki kamu ke lantai,"
Keesokannya, pengemis itu datang lagi ke warung dan bertanya,
"Ada paku?""Tidak ada," jawab tuan warung.
Pengemis bertanya lagi, "Ada sisa makanan, encik?"

Lawak Jenaka

kirimkan berita dengan segera

Kirimkan Berita Dengan Segera Seorang wartawan pergi ke sebuah pusat peranginan untuk berehat.. Setelah Dua hari berada dipulau itu... tiba-tiba berlaku kejadian yang tidak diduganya iaitu tempat itu telah dibom dan hampir 10 buah rumah rehat musnah... dan beberapa lagi cedera parah..Petang itu... Pengarang tempat dia bekerja teringat yang wartawan itu berada dipulau tersebut telah menelefon dan menyuruh wartawan itu mengirimkan berita terkini untuk disiarkan didalam akhbarnya..."KIRIMKAN BERITA DENGAN SEGERA" kata Pengarang Akhbar...Mereka membiarkan satu halaman kosong di muka depan surat khabarnya untuk diisi berita mengenai peristiwa pengeboman tersebut...Akhirnya Pengarang Akhbar itu menerima surat balasan dari si wartawan... bunyinya:"JANGAN BIMBANG SAYA SELAMAT"

LSF IV ( yob4ever.com )

berehat sebelum memulakan perlawanan

LSF IV ( yob4ever.com )

Tandatangan ahli forum yob4ever.com
yang datang pada perlawanan futsal.